Selasa, November 09, 2010

S u a m i

kau kata aku cinta pertama
takkan datang kedua
kau kata cinta bertakhta
bukan nafsu bermaharajalela
kau kata susah payah harung berdua
tidak biar aku meronta
kau kata kena banyak sabar segala
kini kau yang hilang punca
kau kata maufakat baru berkat
kini kau yang senyap berpakat
kau kata anak anak syurga di hati
kini aku yang makan hati
kau kata rela mati
kini aku yang setengah mati
kau kata rumah ku syurga ku
kini syurga mu ke mana berlalu
mana hilang rindu syahdu
pada asyik firdausi mu.....?

rupanya
makin sayup pepohon menggapai langit
makin ganas deru angin membadai sengit
sandar terkapar aku kau biar
hingga hati menjadi tawar....

~ amri abd rani ~

*gambar sekadar hiasan....

7 pemurah tinta:

kiwi berkata...

sdih lak bce sajak pak wi yg ni..huhu..

Tomato Gurl's Life berkata...

betul ckp kiwi..sedih la bc..isteri x menghargai suami??sob3..

Amri Rani berkata...

Kiwi :

TQ singgah...n moga menang dlm exam tu..

Cik Tom :

rsnya Cik Tom terkhilaf tu... ini gambaran kekecewaan si isteri pd suaminya...

diana berkata...

sedih nye..
tak sanggup nak tempuh ..
harap2 tak kan tempuh...

Amri Rani berkata...

Begitu la..ble suami dah berubah wajah, dah berasa megah...

harap Pakwi xbegitu...
Pakwi ok pe...hehe

Cheqna berkata...

Semoga Pakwi dan keluarga bahagia bersama sehingga ke akhir hayat..

amiin.

Amri Abd Rani berkata...

Amin...

Cheqna, moga Cheqna pun sama..
terima kasih byk2...

Related Posts with Thumbnails
Kepunyaan amrirani. Dikuasakan oleh Blogger.