Ahad, November 21, 2010

Pabila Dapur Menyanyi

pabila periuk menyanyi
ibu sibuk kacau menumis
anak sibuk ronta menangis
ayah sibuk membaiki kumis

pabila kuali menyanyi
ibu sibuk asyik menggoreng
anak sibuk baling tertungging
ayah sibuk mengusap baring

pabila belanga menyanyi
ibu sibuk renjis menggulai
anak sibuk rambut terurai
ayah sibuk bermulut murai

pabila dapur henti menyanyi
ibu sibuk mengemas rumah
anak sibuk main di tanah
ayah sibuk tak tentu arah

sibuknya anak
sibuknya ayah
namun tak terlawan sibuknya ibu
berkorban jiwa sepanjang waktu...

~ amri abd rani ~

18 pemurah tinta:

Cik Chenta berkata...

hahaha . tu la kan . ibu sibuk kt dapur , yg laen tau nak mkn je kan

Amri Abd Rani berkata...

itu lah pngorbanan seorang ibu...

Cik Chenta berkata...

betol2 , sgt setuju . sbb tu syurga bawah tapak kaki ibu kan (:

Poyaty berkata...

pabila ibu kat dapur, anak tidur kat bilik. hehehe. ibu rase nak sepak anak tu keluar rumah :P

Aishah berkata...

Indah puisi, tahniah. Tapi ianya mungkin kenangan sebab ibu-ibu sekarang mungkin terlalu sibuk hingga nak masak pun mungkin tak sempat :)

shekechik [̲̅ə̲̅٨̲̅٥̲̅٦̲̅] berkata...

haha..indahh2..
ibu oh ibu...
mcm2 ibu buat kan...hehe

Amri Abd Rani berkata...

Chenta : btul la tu...

Poyaty : Ganas cikgu ni...hihi

Aishah : sbhgn masih lg jd surirumah spenuh masa..

Shekecik : awk buat apa...?

kiwi berkata...

bce ni bwt kiwi tringt mak msk kt rumh ^^

Cheqna berkata...

Salam Pakwi,

btul btul btul...betapa bertuahnya keluarga mempunyai ibu yang kerja 24 jam tanpa jemu...


Pabila belanga kuali berbunyi,
Tanda si ibu masih di sisi,
Hargailah bonda hargai isteri,
Bahagia sekarang dan kemudian hari.


(sorry pakwi..saje2..)

:-)

Seri Bahasa berkata...

tapi yang pelik tukang masak profesional di kuasai oleh kaum adam.

miss nina berkata...

betul tu pakwi, kadang2 ni nampak je remeh, tetapi yang remeh itulah yang si ibu langsaikan tugasnya.

~pantun-puisi keluarga bahagia :)

Tomato Gurl's Life berkata...

hehe..betul la pakwi..cik tom rasa terkena je ni..huk3 ;D

aNnE berkata...

hehe dapur berasap bila mak ayah ada kat rumah...hehehhe

simply nana berkata...

saya sokong nie pakwi...sayangi ibu, sayangi isteri dan sentiasa memberi penghargaan kepada mereka yg sentiasa berkorban utk keluarga...he3

diana berkata...

haishhhh...
penat nak pikir esok nak masak apa pulak..
hehheh

zedmagel berkata...

Pakwi bukan kah elok, seloka ditambah dengan lukisannya sekali? Lebih mantop dah seronok diuliti...

Amri Abd Rani berkata...

Pakwi ucapkan brbyk2 terima kasih pd yg sudi tinggal jejak kat sini, nti sehari dua ni Pakwi bls jejak sahabat semua, tgh sibuk dgn brg antik...hihi

I amsterdam berkata...

Salam,

Dulu saya pernah singgah & baca puisi ini. Hari ini saya kembali, mencari dimana letaknya ia... Saya suka benar. Pengorbanan ibu masih ada yang tidak menghargainya... Walaupun mungkin ada ibu yg kurang kedapur sekarang, tapi percayalah... tanggungjawabnya kadang2 lebih dari seorang bapa, termasuk mencari rezeki...

Related Posts with Thumbnails
Kepunyaan amrirani. Dikuasakan oleh Blogger.