Memaparkan catatan dengan label Kau kau aku aku. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kau kau aku aku. Papar semua catatan

Jumaat, Oktober 29, 2010

Kau kau aku aku

Engkau kah kaca yang terhempas
menyinar ganas
memulas senak dan waras
seorang aku yang dampar terkandas
dalam lemas.....?

biar malam berganti siang
biar siang kelam benderang
namun undur bukan zikir ku
zikir ku satu
pantang diseru

engkau atur susur alur mu
biar bernafas ke jingga ungu
buat menongkat tiang layar mu
usah peduli seteru membayu
jengah sini ambil zikir ku
kau kau aku aku

~ amri abd rani ~

* cari gambar yg sesuai xjumpa, terjumpa dlm "omputeh" pulak....
Related Posts with Thumbnails
Kepunyaan amrirani. Dikuasakan oleh Blogger.