Memaparkan catatan dengan label Panggilan Mu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Panggilan Mu. Papar semua catatan

Isnin, Oktober 18, 2010

Panggilan Mu

semalam aku mengadap
dari Kuantan jalan beradab
agar tak dikata tiada adat
jumpa kawan jumpa sahabat
ingin menyahut panggilan keramat
jalanan jauh mencari berkat

segar mekar cahaya berseri
satu keluarga suami isteri
merai taulan hadir ke sisi
salam bersembah lincah berpuisi
memohon maaf tetamu hadiri
maafkan semua sakit di hati
berharap terkhilaf ampun mengampuni

pada mu sahabat aku berdoa
moga menang mendakap sinar
guna menyuluh kelam nan samar
capai mabrur semanis tamar

~ amri abd rani ~

majlis doa selamat sahabat : 17 Okt 2010

Related Posts with Thumbnails
Kepunyaan amrirani. Dikuasakan oleh Blogger.