Memaparkan catatan dengan label Ramadhan Datang Lagi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ramadhan Datang Lagi. Papar semua catatan

Isnin, Julai 25, 2011

Ramadhan Datang Lagi

ramadhan datang lagi
membawa puasa
membawa dahaga
membawa pahala

ramadhan datang lagi
membawa purnama seribu
membawa janji janji Tuhan mu
membawa ampunan syahdu

ramadhan datang lagi
membawa rasa miskin
membawa insaf yakin
membawa segala mungkin

di anjung yang indah bermula
tertutup neraka
terbuka syurga

~ amri abd rani ~


Related Posts with Thumbnails
Kepunyaan amrirani. Dikuasakan oleh Blogger.