Memaparkan catatan dengan label Aku tetamu kecil. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Aku tetamu kecil. Papar semua catatan

Ahad, Oktober 31, 2010

Aku tetamu kecil

sedang mereka leka hanyut
pada acara seribu denyut
riuh bergendangan
selerak makanan
terabur hilai pekikan
mereka tak nampak aku

sedang mereka berkira kira
siapa mahu dipanggil
siapa mahu ditampil
berjela nama
bergulung kertas
mereka tiada nama ku

sedang mereka asyik berpesta
beronggeng inang John Travolta
kinja kanan kinja kiri
senandung irama Elvis Presley
gemuruh besar dewan
mereka tak peduli aku

aku tetamu kecil
indah dan cukup bahagia
jika diajak cuma berbicara....

~ amri abd rani ~

Related Posts with Thumbnails
Kepunyaan amrirani. Dikuasakan oleh Blogger.