Memaparkan catatan dengan label Tetamu Agung. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tetamu Agung. Papar semua catatan

Selasa, Februari 08, 2011

Tetamu Agung

Tika fikir mereka menggerutu
pegangan kelam kelabu
beraja di mata menurut nafsu
bersepah auta melimpah tipu
sembah percaya pada tugu tugu dungu
kau datang menjulang jamu
mengelek kisah dari Tuhan mu
tentang iman dan wahyu
tentang dosa membisu
tentang pahala dibahu

tika perih bersabda
pasal syurga pasal neraka
pasal Tuhan Yang Esa
musuh mendabik serata
tak terpejam mata
berbilang petaka
berserambi cela
senyum mu masih menyala
mendoakan mereka

beribu tahun di sini
riwayat agungmu masih terperi
benar sunnah mu membara di hati
dalam terang dalam sembunyi
engkaulah kunci
pada pintu pintu daki duniawi

~ amri abd rani ~

p/s : harap maaf, gambar makam yg dikatakan Makam Rasulullah tu,
terpaksa Pakwi delete sebab ia bukannya Makam Rasulullah yg sebenar,
setakat yg Pakwi tau (diberitau oleh sahabat), tidak dibenarkan sesiapa
untuk mengambil gambar Makam tersebut..Allahualam..

Related Posts with Thumbnails
Kepunyaan amrirani. Dikuasakan oleh Blogger.