Memaparkan catatan dengan label Pasang Telinga. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pasang Telinga. Papar semua catatan

Khamis, Mac 17, 2011

Pasang Telinga

kau empuk di atas
lentuk meliuk beralas
petah kata berkias
mahligai berkilau hias
kami termanggu was was
minyak mahal naik bas
bawa laju bas terbabas
semua urusan bantut terkandas

kubanglah ke sawah
turunlah ke bawah
mari rasa nasi kawah
cari marhain kosong mewah
intai jelata di celah celah
sekali sekala sebar dakwah
jangan asyik cipta dakyah

undi ku rahsia
suka ku pilih siapa
tepuk dada tanya selera
jangan biar aku kecewa

~ amri abd rani ~


Related Posts with Thumbnails
Kepunyaan amrirani. Dikuasakan oleh Blogger.