Memaparkan catatan dengan label Mengidam Cinta. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Mengidam Cinta. Papar semua catatan

Isnin, Januari 24, 2011

Mengidam Cinta

Degup
jantung berdegup
denyut
nadi berdenyut
debar
rasa berdebar
getar
jiwa bergetar

ingin menyapa hati meronta
ingin berkata kelu bicara
mana nak mula

kelip
mata berkelip
detik
hati berdetik
jerit
raga menjerit
ketar
naluri terketar

usah lama bermain mata
usah lena membiar cinta
keras langkah mencumbu warkah
ikhlas tingkah memburu wajah
jujur mengatur jangan berhelah
yakin membara moga tak kalah

~ amri abd rani ~

Related Posts with Thumbnails
Kepunyaan amrirani. Dikuasakan oleh Blogger.