Memaparkan catatan dengan label Syurga. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Syurga. Papar semua catatan

Rabu, Ogos 03, 2011

Syurga

mendamba indah firdausi
petang menyusur pagi
tak sama melayar duniawi
bergelumang dengki
berkumandang iri
terpinggir mimpi

menggapai wangian syurga
tatkala terbuka mata
tak sama nafas menghela
berserabut minda
bersalut nista
terabai cita

merindu syurga Mu
dalam sujud bertamu
dalam zikir berlagu
walau hanya menghidu
secuit kasturi menderu

di sini terpalit resah
di sini terulit gundah
ibadah sebutir antah
mengidam syurga indah megah...

~ amri abd rani ~


Related Posts with Thumbnails
Kepunyaan amrirani. Dikuasakan oleh Blogger.