Rabu, Ogos 03, 2011

Syurga

mendamba indah firdausi
petang menyusur pagi
tak sama melayar duniawi
bergelumang dengki
berkumandang iri
terpinggir mimpi

menggapai wangian syurga
tatkala terbuka mata
tak sama nafas menghela
berserabut minda
bersalut nista
terabai cita

merindu syurga Mu
dalam sujud bertamu
dalam zikir berlagu
walau hanya menghidu
secuit kasturi menderu

di sini terpalit resah
di sini terulit gundah
ibadah sebutir antah
mengidam syurga indah megah...

~ amri abd rani ~


10 pemurah tinta:

izfanora berkata...

indah bahasa,
lunak berbicara,
halus di telinga,
teruskan madah pujangga,
pasti terus dibaca..

cemomoi berkata...

moga kita bertemu dengan Allah dalam keadaan Allah redha akan kita

ctpayong berkata...

semoga kita semua dijemput dibenar menghuni di sana...di syurga Dia. amin.

Seri Bahasa berkata...

macamana keadaan kat surga tu...harap2 kita ni salah satu yang akan bernasib baik nanti...

kiwi berkata...

huhu..kena banyak beramal..smoga kita sama2 tergolong dalam kalangan mereka

Afikah Aziz berkata...

semoga amalan kita diterima olehNya,semoga kita semua juga beroleh syurga nan abadi itu ameen :)

Amri Abd Rani berkata...

Pakwi aminkan untuk semua...

peNulis SeNjA berkata...

semoga semua umat islam masuk syurga

Zul Fattah berkata...

cantik bahasa yg digunakan? salam kenal

KhaiRin berkata...

adakah kita salah seorg calonnya??

Related Posts with Thumbnails
Kepunyaan amrirani. Dikuasakan oleh Blogger.