Memaparkan catatan dengan label Bila Isteri Menangis. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bila Isteri Menangis. Papar semua catatan

Rabu, Julai 28, 2010

Bila Isteri Menangis

Bila isteri menangis
ada sedih luka terhiris
ada berontak perang krisis
ada sayu jiwa terguris
ada singgung dalam gerimis

Bila isteri menangis
kau perlu di depan menyapanya
kau perlu di belakang mendokongnya
usah biar dia sendiri memikul resah
usah ajar dia sendiri melawan kesah

Bila isteri menangis
lagunya mesti kau dengar
kaulah nyawa keliling pinggang
kaulah tiang dia berpegang
jangan tinggal dia keseorangan....


~ amri abd rani ~
Related Posts with Thumbnails
Kepunyaan amrirani. Dikuasakan oleh Blogger.