Memaparkan catatan dengan label Sebuah Perkahwinan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sebuah Perkahwinan. Papar semua catatan

Isnin, Oktober 11, 2010

Sebuah Perkahwinan

Akad kau ikat
janji kau semat
di gemerlap tarikh keramat
tersimpul di mercu seribu amanat
terjunjung di bahu sejuta semangat

detik mekar cinta pertama
dari mata menyusur ke jiwa
tepuk sebelah berbalas cinta
ke jenjang pelamin lagak mahkota
megah nakhoda kemudi bahtera

ingatlah kau wahai perwira
di tengah sana laut bergelora
samudera ganas melambung segala
kocakan fitnah bermaharajalela
yakin sendiri iman di dada

sedarlah kau wahai jelita
usah menjeling bermain mata
dirimu tertawan sudah berpunya
setia di hati jujur membara
pasrah segala Tuhan Yang Esa...

~ amri abd rani ~


Related Posts with Thumbnails
Kepunyaan amrirani. Dikuasakan oleh Blogger.