Berlenggang ke pasar tani tadi pagi
selepas di rumah basuh kuali
anak anak memikul bakul
aku mengelek kocek
umi jadi Cik Mek Molek
Berlenggang di lorong sayur
makcik tua tersenyum...gigi menyala
kendur berkedut meraung halwa
sayur sendiri belakang rumah dia bersuara
aku menilik aku membelek
bukannya pelik
bimbang sayur baunya jelek
Berlenggang di lorong ikan
pakcik tua tergelak....gigi berkarat
tembakau menguning memecah rasa
bela sendiri belakang rumah dia berkata
aku memegang aku teransang
bukannya hairan
segar hasil hidungnya kembang
Berlenggang pinggang di lorong orang
ada menggeleng ada memandang
barang secubit harga membukit
peluh melekit duit sedikit
kalau tak beli perut menjerit
bahana nanti ada yang sakit
apa nak buat terpaksalah ambik
semua barang harga dah naik

~ amri abd rani ~