hari ini tingkah terbuka
tirai damai berlabuh
selubungi setiakawan
mendung seluruh siang
gempita akulah wira
akar umbi menari inang
ingin undi cari menang
siapa wira
mana pendekar
terhala mana keris mu
menikam lawan ?
menghumban teman ?
cuma idam menang sendiri
jauh panggang demi pertiwi
mana aku pada janji mu
janji mu tiada aku
ada aku bila kau mahu
tiba masa kau pergi berlalu
tertinggal dayung perahu
tiang layar patah seribu..
~ amri abd rani ~
Sabtu, April 20, 2013
Rabu, April 17, 2013
kita "raja"
kini kita "raja"
beraja di minda
beraja di jiwa
tapi berwajah jelata
kini kita "raja"
tiada layak disembah
tiada petah bertitah
tapi gagah menyanggah
kini kita "raja"
jangan tersalah seloka
jangan terkhilaf teroka
tapi biar bijak menanda
kita "raja" seminggu dua
jangan rebah jangan perdaya
pujuk rayu bermadah pinta
sogokan kata gosokan mesra
kelak "raja" berair mata
anak cucu hilang segala...
~ amri abd rani ~
beraja di minda
beraja di jiwa
tapi berwajah jelata
kini kita "raja"
tiada layak disembah
tiada petah bertitah
tapi gagah menyanggah
kini kita "raja"
jangan tersalah seloka
jangan terkhilaf teroka
tapi biar bijak menanda
kita "raja" seminggu dua
jangan rebah jangan perdaya
pujuk rayu bermadah pinta
sogokan kata gosokan mesra
kelak "raja" berair mata
anak cucu hilang segala...
~ amri abd rani ~
Rabu, Januari 23, 2013
Jika Ke Sini
Muhammad (SAW)
jika kau di sini
umat mu takkan begini
menghilir ke kanan menghulu ke kiri
terhala cara sendiri
ada jiwa berbelah bagi
Muhammad (SAW)
jika kau di sini
nescaya berseri warna pelangi
ceramah kuliah tiada bertepi
segala tempat di mana jadi
senja menjelang pagi
Muhammad (SAW)
jika kau ke sini lagi
ku hampar indah permaidani
ku kucup cium tangisi
ku dengar sabda mu suci
ku akur apa nak jadi
Muhammad (SAW)
cuma termampu
berselawat atas mu
salam pembawa wahyu
salam maulidur rasul....
~ amri abd rani ~
jika kau di sini
umat mu takkan begini
menghilir ke kanan menghulu ke kiri
terhala cara sendiri
ada jiwa berbelah bagi
Muhammad (SAW)
jika kau di sini
nescaya berseri warna pelangi
ceramah kuliah tiada bertepi
segala tempat di mana jadi
senja menjelang pagi
Muhammad (SAW)
jika kau ke sini lagi
ku hampar indah permaidani
ku kucup cium tangisi
ku dengar sabda mu suci
ku akur apa nak jadi
Muhammad (SAW)
cuma termampu
berselawat atas mu
salam pembawa wahyu
salam maulidur rasul....
~ amri abd rani ~
Langgan:
Catatan (Atom)
Kepunyaan amrirani. Dikuasakan oleh Blogger.