Sabtu, April 20, 2013

Siapa wira

hari ini tingkah terbuka
tirai damai berlabuh
selubungi setiakawan
mendung seluruh siang
gempita akulah wira
akar umbi menari inang
ingin undi cari menang

siapa wira
mana pendekar
terhala mana keris mu
menikam lawan ?
menghumban teman ?
cuma idam menang sendiri
jauh panggang demi pertiwi

mana aku pada janji mu
janji mu tiada aku
ada aku bila kau mahu
tiba masa kau pergi berlalu
tertinggal dayung perahu
tiang layar patah seribu..

~ amri abd rani ~

Rabu, April 17, 2013

kita "raja"

kini kita "raja"
beraja di minda
beraja di jiwa
tapi berwajah jelata

kini kita "raja"
tiada layak disembah
tiada petah bertitah
tapi gagah menyanggah

kini kita "raja"
jangan tersalah seloka
jangan terkhilaf teroka
tapi biar bijak menanda

kita "raja" seminggu dua
jangan rebah jangan perdaya
pujuk rayu bermadah pinta
sogokan kata gosokan mesra
kelak "raja" berair mata
anak cucu hilang segala...

~ amri abd rani ~


Related Posts with Thumbnails
Kepunyaan amrirani. Dikuasakan oleh Blogger.