Selasa, Ogos 30, 2011

Sepi Syawal

Di gema syahdu takbir Syawal
tertusuk kamar hati
wajah kasih ayahanda legar serata
memandang lembut manja
menerpa rindu membara

abah
telah lama tak ku jejak
persemadianmu
telah lama tak ku hambat
rindu kasih mu
merendang pilu tangisi pergi mu
dalam ketar bicara
kau pergi jua
dalam getar jiwa
kau hilang jua

di indah salju Syawal
tiada lagi tangan keramat untuk ku kucup
tiada lagi bualan amanat buat jantung berdegup
cuma potret melambai kenangan terpahat melekat
pergilah.... semadilah
pasti aku akan menurutmu nanti
berbaring diam dalam barzakh
berlunjur tenang dalam pasrah

Al Fatehah
untuk seorang lelaki bergelar bapa
untuk seorang lelaki berjiwa mulia
untuk seorang lelaki tak lagi ku jumpa
untuk seorang lelaki mengajar segala...

~amri abd rani ~


5 pemurah tinta:

Tanpa Nama berkata...

Al Fatehah

ctpayong berkata...

Al Fatehah.

KhaiRin berkata...

semoga dicucuri rahmat-Nya

Cheqna berkata...

Assalamualaikum Pak Wi,

Al-Fatihah, semoga sentiasa dicucuri rahmat Allah.

...teringat arwah ayahnda juga yang 12 tahun lalu pd 17/9 telah kembali kepada Tuannya, Yang Maha Esa..

kiwi berkata...

al-fatihah..pak wi lupe nk wish selamat hari raya..maaf atas segala silap salah..terlanjur kata..terlukakan hati ke sepanjang jadi kenalan pak wi..

Related Posts with Thumbnails
Kepunyaan amrirani. Dikuasakan oleh Blogger.