Rabu, November 10, 2010

Aku kah itu....

Aku kah lelaki itu
yang kolot berperahu tingkah dan laku
menggumba siang
mendamba malam

Aku kah lelaki itu
yang compang harta dan camping jiwa
mengemis siang
menangis malam

Aku kah lelaki itu
yang bermandi keringat di pepasir hangat
meredah siang
melelah malam

biar seribu onak menyerbu
biar seribu ombak membayu
aku ingin begitu
aku bangga menjadi aku..

~ amri abd rani ~

8 pemurah tinta:

Cheqna berkata...

Semoga kita menjadi hamba Allah SWT yang sentiasa bersyukur dengan pemberian-NYA...

:-)

Amri Abd Rani berkata...

Cheqna :

Bersyukur bermakna redha,
bersyukur bermakna rezeki kan ditambah lagi.

simply nana berkata...

tetap berusaha menjd insan yg berguna...aku bersyukur di atas segala kurniaan mu...alhamdulillah...

AUR berkata...

Aku adalah aku...tak yah susah kau nak ubah aku jadi macam diri mu...

Aku hanya buat apa yang aku suka...
Allah tahu apa yang aku buat....
dan Dia tahu apa nak buat kepada aku..

Biarlah aku jadi aku..

*amcm Pakwi?? Ok tak puisi AUR?

aNiS tHe BumbleBee berkata...

oh,sayalah pompuan comel itu.kihkihkih!

Amri Abd Rani berkata...

Nana : begitu sebagai hambaNYA..

AUR : aaii..dr menCAKAR nk bersajak majak plak...ok pe puisi tu...

aNiS : ye ke....hihi

Tomato Gurl's Life berkata...

pakwi la tue...cik tom bangga mengenali pak wi ;)

Amri Abd Rani berkata...

Pakwi ke tu..?

mungkin kot...hihi
TQ Cik Tom.

Related Posts with Thumbnails
Kepunyaan amrirani. Dikuasakan oleh Blogger.