Ahad, Ogos 01, 2010

Bangsa Ku

Aku persembahkan Bangsa Ku..
moga kau tenung...
moga kau renung...
jangan sampai termenung....

Dulu pencak silat mu lincah
rentak tari mu terserlah
keris kau hunus ..... terbunuh
lembing kau baling ..... terbaring
tombak kau hentak ..... terpacak
di mana pun musuh berwajah
takkan terlawan setia si Tuah
Jebat derhaka pun rebah

Dulu kita saling bertingkah
kejar harta kejar darjah
Raja bertakhta yang kita sembah
dibuat main ...... di buat mudah
petualang barua berpaling tadah
pembelot bacul haram jadah
semua cerita mereka hebah
segala rahsia mereka dedah
harapkan pagar..... pagar pun bergundah
sudahnya rebah terima padah
kita terjajah

Dulu meredah rimba lembah bernanah
semangat membara berdiri gagah
tak diam duduk cari bedebah
tak gentar takut musuh diparah
tangan dan tubuh bersalut marah
bersatu kita tatang maruah
di bumi keramat darah tertumpah
akhirnya kita merdeka megah

Melayu
tak usah mendabik
tak usah bertempik
langkah kanan mu telah terobek
tangkas silat mu sudahpun carik
Tamingsari mu dah mula sompek
jiwa pendekar mu dah jadi lembik

Kau mesti bangun dari singgahsana
kau mesti besar mencecah maya
kau mesti hebat mengubah semua
kau mesti ingat sejarah lama
pernah dulu Tuah bermadah seloka
Takkan Melayu Hilang Di Dunia

Melayu
moga engkau tidak melayu
jatuh tersembam berteman sayu


~ amri abd rani ~

4 pemurah tinta:

Tanpa Nama berkata...

melayu sinonimnya Islam.

mka bila melaayulah melayu bila Islam di melayukan.

Amri Abd Rani berkata...

Teramat sokong dgn komen kat atas...
Melayu dan Islam xboleh dipisahkan...
mengenepikan Melayu bermaksud mengenepikan Islam...

AUR berkata...

Melayu kena mengikut Islam...
jgn sampai Islam mengikut Melayu..
Bangsa nombor dua, agama nombor satu...

Amri Abd Rani berkata...

kat sana esok DIA xtanya bangsa...
DIA tanya agama....
kalau nk kira bangsa...bangsa ARAB lg mulia, sebab Nabi & Rasul dari kalangan diorg...jd,AGAMA mmg tetap no 1...bangsa tolong letak tepi...sajak ni cuma membangkit semangat Melayu je...xlebih dari itu.....

Related Posts with Thumbnails
Kepunyaan amrirani. Dikuasakan oleh Blogger.