Isnin, Ogos 02, 2010

Tadi Pagi

Tadi pagi aku turun ke bumi
ada cinta berputik
ada rasa ingin ku petik
jiwa saujana sayup pandangan
hati bergetar terkontang siang
keluh berkesah resah kembara

Tadi pagi aku naik ke langit
kesayupan cerah alam
termegah ciptaan Tuhan
angin berkocak menyapa lembut
'laut bertiup membasah umbut
rendang sayembara kelana

Tadi pagi aku daki gunung
sejuk melingkar hati kudus
aroma membongkar rahsia mulus
rindu membakar cinta tulus
dalam gelumang pawana dunia
kita redha segala
dalam meremang murka Tuhan
kita leka semua......


~ amri abd rani ~

2 pemurah tinta:

CgMas berkata...

Pagi tadi? Dalam sepagi je begitu luas kawasan yg boleh di cover? Ini dah true blogwalker!

Amri Rani berkata...

itu lah puisi...
daya imaginasi yg ntah apa2....hihihi
xlah, itu cuma bayangan pemuisi je...
imaginasi tu bleh smpai ke syurga n neraka pon...
tp masih lagi imaginasi je laaa...
syurga n neraka yg sebenar tak tergambar pon...
xsmpai dek akal....

Related Posts with Thumbnails
Kepunyaan amrirani. Dikuasakan oleh Blogger.