Sabtu, Julai 24, 2010

Pagi Sabtu

Biasa aku tak kemana
kecuali ada majlis terencana
kecuali juga ingin berkelana

Biasanya...
aku diam damai di teratak buruk
terkadang buat buat sibuk
mengelap habuk
mencuci gerobok
tapi.....
banyak acara membuka periuk
makin hari bertambah gemuk

Biasanya...
ke kampung menatap jernih wajah ibu
keseorangan memintal syahdu
keseorangan memamah rindu
anak anak sudah jauh mengejar tugu
sejuta resah mengenang ibu

pada yang muda mungkin tidak berasa
kerana masih punya ibu dan bapa
namun pun begitu
didiklah hamparan dinding hati mu
sekali sekala bersyair lagu rindu...


~ amri abd rani ~

6 pemurah tinta:

AishaDIYanything berkata...

Syahdu tul la puisi pakwi....

syahira ariff berkata...

hensemnya ayah kamu jaman dulu2

Tanpa Nama berkata...

:D pandai pakwi buat puisi
boleh rujuk pada pakwi :)

Unknown berkata...

very nice..!!
tingat kampung lak..

Pena Crystal berkata...

Nice!..

Sedap dibace la puisi neh..=p
Teringat pulak kat mama n ayah.=p

ASSILA. berkata...

puisi y best! dah bole masuk pertandingan dah nie. mesti menang,:)

Related Posts with Thumbnails
Kepunyaan amrirani. Dikuasakan oleh Blogger.