Selasa, Julai 13, 2010

Lelaki itu

Compang baju muka berbulu
sengih sendiri di hati terlucu
menyusur melintang yang lalu berbau
tak mandi tak sugi sudah berminggu
bersua di hilir bertemu di hulu
muak memandang orang di situ
jadi pendatang sejak dahulu

melangkah longlai kadang terburu
tiada jam tangan terbiar waktu
kemana nak pergi dia tak tahu
belakang dah lalu depan berliku
dalam tubuh kisah terbuku
muda dulu pernah merindu
kekasih hati idaman kalbu
hilang ghaib pergi berlalu
tinggal lah dia berlangkah pilu
malam hari berlagu syahdu
siang pula menung menunggu

selongkar sampah cari sesuatu
keroncong perut berlagu sendu
apa di sua dia tak menghidu
asal makanan ke mulut bertamu
tiada sudu tiada garfu
mamah melahap begitu bernafsu
sendawa kenyang di longkang beradu

di gelar gila tiga suku
hidup senang otak membeku
hanya nak makan itu yang tau
tiada duit tiada wang saku
tiada rumah tiada berpintu
tak macam kita benak berpacu
otak ada letak di siku
mengejar harta berpusu pusu
auta membelit tipu menipu
hidup nak kaya rasuah di pangku
solat sembahyang sunyi membisu
buat yang leka yang penting tak perlu
lupa janji pada yang SATU.......


~ amri abd rani ~

3 pemurah tinta:

seribahasa berkata...

rezeki tak akan datang dengan sendiri. nasib kita jua yang menentukan bukan orang lain. jangan menadah memohon kepada Allah tanpa berusaha. jangan halalkan kepada yang haram kelak sendiri yang binasa.

Nur -al- Ain berkata...

nice ;) ain like this,, teruskan berkarya ;p

Amri Rani berkata...

Terima kasih kerana sudi merebah tinta di sini...

Related Posts with Thumbnails
Kepunyaan amrirani. Dikuasakan oleh Blogger.