Khamis, Julai 29, 2010

Subsidi

Kita makin kurang subsidi
ia petanda harga akan menjadi jadi
ia bermakna kurang kuasa membeli
banyak benda kena buat sendiri

kita kadang tertanya tanya
mana satu hak yang kita punya
jika berjuta mahu diselamatkan
mana slogan rakyat didahulukan

kita bukan dengki...kita bukan benci
cuma meluah sedikit kata hati
kasihan pada rakyat masih tercari cari
mengais pagi dan petang cari rezeki

pada anak yang ramai memang satu bebanan
minyak kereta perlu diisi untuk berjalan
beratus ringgit hanya untuk membayar yuran
harga gula dah naik hanya minum secawan

kita bukan menjerit untuk minta sedikit
tapi antara kita ramai yang dah sakit
barang yang sedia ada harga dah membukit
janganlah kurang lagi nanti ramai yang tercirit....


~ amri abd rani ~

2 pemurah tinta:

Abd Karim MJ berkata...

Salam...

Dengar kabar minyak nak turun harga !

sila ambil tahu di blog saya esok 1 ogos 2010
Jam 1 petang !

Amri Rani berkata...

yup.....
beres Abd Karim.....
tp mcm xlogic je...
xpe...tungguuuuuuuuuu

Related Posts with Thumbnails
Kepunyaan amrirani. Dikuasakan oleh Blogger.