Khamis, April 28, 2011

Hadiah

kemesraan ?
hanyut lalu bersalut lafaz
tiada lagi selagi bernafas

kerinduan ?
telah pergi jauh sendiri
takkan pulang hilang kini

kebahagiaan ?
kian reput tertinggal parut
hati menurut nafsu tersangkut

ibu ?
hilang pedoman tinggal seorang
punya iman sendiri mengarang

ayah ?
mungkin menang jiwanya pasrah
hidup bergenang pantang menyerah

anak ?
cuma hadiah yang gundah
terlahir dari perkahwinan yang indah....

~ amri abd rani ~


4 pemurah tinta:

ctpayong berkata...

itulah naluri manusia.
usah ghairah ikut rasa
usah terlalu ikut nafsu.

jadikan iman sempadan
terus berusaha memperluaskan.

akal sebagai tangkal
usah sampai tanggal.

bersederhana itu dituntut
elakkan diri usah samapi merangkak melutut.

hanya pada DIA.

terima kasih pakwi ingatkan kakCT

Ai Ni.. berkata...

emm hem...moga Dia hindari kita dari segala yg buruk..

waN Mohd Salim berkata...

best la puisi pakcik nih .. salam

toyolkiut berkata...

hadiah dr perkahwinan terindah..
emm..

Related Posts with Thumbnails
Kepunyaan amrirani. Dikuasakan oleh Blogger.