Isnin, April 25, 2011

Keliru

Jalanmu laju
tak fikir dulu
tak toleh kanan
tak toleh kiri
tanya akal
tanya hati
mana nak pergi

kan dah buntu
simpang berliku
angin memburu

salah siapa
siapa salah
usah menuding
tuding dirimu
kau yang laju
laju kau pandu
terburu nafsu
sekarang termanggu
serabut keliru...

~ amri abd rani ~

3 pemurah tinta:

ctpayong berkata...

terburu-buru
ikut nafsu
akhirnya lesu.

sombong atas kudrat
tidak sedar kudrat terhad.

p/s : kakCT pun keliru takut terburu-buru mahu membenarkan yang mana satu. hanya Allah yang tahu.

kiwi berkata...

kiwi pn ngah keliru ni..nk exam..hehe..

toyolkiut berkata...

moral of the story..
fikir dulu sebelum buat..
hehe..

Related Posts with Thumbnails
Kepunyaan amrirani. Dikuasakan oleh Blogger.