Ahad, April 17, 2011

Tetamu dan Aku

Dulu
engkau rajin singgah
menyulam tinta pemurah
mencakar bait bait indah
menggunung semangat gagah

aku bersemangat menjelajah
semua teratak aku terjah
menghidu insan seribu wajah
mendakap syumul Maha Anugerah

Kini
engkau kemana bergundah
aku berlari bernafas lelah
terkejar kiri melayan karenah
terkejar kanan menyulam warkah

pelangi yang terjunjung lincah
tak selama memancar cerah
ia kan menongkah rebah
meninggal teratak bersulam indah
berlangkah lemah
diselimuti tanah tanah merah..

~ amri abd rani ~



7 pemurah tinta:

toyolkiut berkata...

pakwi cari TK ke? ada je ni..
hehe..

betul tu, sampai masa rasa lah kita dalam tanah merah tu..

ctpayong berkata...

ke mana pun perginya si dia yang kamu cari, doakan dia agar dirahmati Illahi.

suka puisi ini.

Hayati Hamzah berkata...

puitis lah tok wi ! mane tau lepas ni bleh jadi a samad said !

Amri Abd Rani berkata...

jauh panggang dari api...

http://aniesandyou.blogspot.com berkata...

puisi ni utk blogger yg BW ke?

Seri Bahasa berkata...

tak ada yang kekal melainkan Allah...he..he..sejak akhir2 ni puisi pakwi macam lain je...

Amri Abd Rani berkata...

Anies : untuk tetamu dan aku.. kdg2 Pakwi pun da masanya jugak xde mood nk BW n nk komen tempat sahabat2...
sama lah kita...

Seri : mood dah mcm tu kot...

Related Posts with Thumbnails
Kepunyaan amrirani. Dikuasakan oleh Blogger.