Selasa, Mei 03, 2011

Osama

mungkin kau telah pergi
mungkin kau telah semadi
namun jari ini menari nari
namun diri ini tegak berdiri
hembusan nyawamu takkan mati
tiupan semangatmu bergetar sendi

andai dikau lah pejuang
gagah menggapai semboyan perang
menghunus kilau mata pedang
mengelak peluru bersilang
tingkah mu bukan alang alang
lincah mu bukan calang calang
rentak mu bukan kepalang

pada mu hidup perjuangan
pada mu hidup perlu diteruskan
menang kalah bukan sandaran
mewah dunia bukan timbangan
dunia mu hanya pergunungan
dunia mu hanya pengorbanan

tiada apa dapat ku beri
tiada hadiah agung di akhir ini
cuma seikhlas Fatehah di sisi
cuma pilu sepotong puisi
moga bertemu nanti...

~ amri abd rani ~


7 pemurah tinta:

toyolkiut berkata...

seorang osama mati, seribu osama lahir lg..
al-fatihah..

waN Mohd Salim berkata...

terbaik .. best la pakcik

r-5 berkata...

tapi saya rasa tak semudah itu beliau pergi amerika lakhnat suka menyebar propaganda. tetapi semangat juang tetap subur di hati umat islam~ Allahuakhbar!

ctpayong berkata...

itulah juga hadiah dari ku
al fatihah buat mu.

Cheqna berkata...

Al-Fatihah kepada yang telah pergi dalam menegakkan Islam..semoga kita diberikan kekuatan iman untuk melawan yang batil...amiiin..

cemomoi berkata...

islam tak bergantung dengan seorang mujahid, tapi semua orang islam berharap mati syahid

Seri Bahasa berkata...

bagi penjajah osama ialah seorang pengganas...sama seperti yang mereka anggap terhadap pahlawan2 melayu yang menentang penjajahan inggeris. kematian osama tidak akan memadam perasaan benci umat islam di atas sikap ketidakadilan serta double standard masyarakat barat.

Related Posts with Thumbnails
Kepunyaan amrirani. Dikuasakan oleh Blogger.