Sabtu, Mei 07, 2011

Seorang Ibu

seorang ibu
kasihnya beribu
takkan pernah jemu
pesan menasihatimu

seorang ibu
berkorban tiap waktu
meredah onak berliku
tetap tabah terulit pilu

seorang ibu
hatinya seribu rindu
biar anak seribu batu
tetap kunjung datang bertamu

seorang ibu
nuraninya bersalju
marah kerana sayang pada mu
membebel bukan cemburu

seorang ibu
jiwanya semalu
jaga tingkah laku
jaga hatinya selalu

seorang ibu
berbangga denganmu
biar tinggi mana hartamu
biar carik seluar baju

seorang ibu
telapaknya ada firdausi mu
tangannya ada restu
jangan pernah jemu
kucup bila bertemu
doa dalam sujud solatmu..

~ amri abd rani ~


8 pemurah tinta:

Cheqna berkata...

Assalamualaikum Pak Wi,

Puisi yang membuat saya rindu pada ibu di kampung..walaupun sudah dewasa, masih perlu jua bermanja.

Semoga sentiasa tidak lupa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaannya..

call me ali berkata...

sayasayangmaksaya

toyolkiut berkata...

sebak nya..
bila mngingat segalanya..
slmt hari ibu utk semua ibu2..

r-5 berkata...

wah pakwi kata mu benar,
kadang-kadang kita jauh dari sedar,
akan menggunung nilai ibu,
takkan terhitung dek harta dan waktu,

Biar matiku,
Biar hidupku,
Sentiasa dinaung barakah ibu,
Kerna mulianya kau ibu,

ctpayong berkata...

memang tidak terlunas hutang sampai aku pulang. selamat hari ibu.

terima kasih pakwi.

S..U..D..@..I..S berkata...

budi yang baik dari ibu hanya Allah yang balas...besar pengorbanan ibu sentiasa ku galas....

selamt haribu pada semua wanita...

cemomoi berkata...

anak seploh blom tantu bole jaga sorang ibu... uiii teruknya la, mintak jauh

Seri Bahasa berkata...

tiada apa yang dapat kita balas dari pengorbanan seorang ibu...wang ringgit dan harta tidak memadai untuk semua itu...apa yang penting ialah pengorbanan seorang anak ketika si ibu di waktu akhir usianya.

Related Posts with Thumbnails
Kepunyaan amrirani. Dikuasakan oleh Blogger.