Isnin, Julai 25, 2011

Ramadhan Datang Lagi

ramadhan datang lagi
membawa puasa
membawa dahaga
membawa pahala

ramadhan datang lagi
membawa purnama seribu
membawa janji janji Tuhan mu
membawa ampunan syahdu

ramadhan datang lagi
membawa rasa miskin
membawa insaf yakin
membawa segala mungkin

di anjung yang indah bermula
tertutup neraka
terbuka syurga

~ amri abd rani ~


10 pemurah tinta:

Tanpa Nama berkata...

SalaM RamAdHan Pak Wi...
SemOga KiTa MEnJAdi InSan2 TerPilIh DI SiSiNYA BerMuLa Dr AwaL RamaDhaN HinGgA KE aKhiRnYa...

Echa berkata...

Salam Ramadhan juga.. :)

Laman Alia berkata...

Ramadhan datang lagi.
Semoga Ramadhan kali ini memberi keberkatan kepada kita semua.
Salam Ramadhan buat pakwi sekeluarga. :-)

Seri Bahasa berkata...

tak rasa bulan ramadhan dah hampir tiba...semoga kedatangannya di sambut dengan penuh ketaqwaan...

ghost berkata...

ramadhan..membawa diri mengenal jiwanya.

Lydia Miza berkata...

moga ramadhan kali ni memberikan seribu kenikmatan buat kita semua

Cheqna berkata...

Semoga dipanjangkan usia untuk menjalani ibadah2 di bulan Ramadhan, serta dapat menjalani ibadah puasa dan lain2 dengan sempurna..amiin.

Salam Ramadhan buat Pak Wi dan keluarga..

:-)

raider150 berkata...

syukur kepada Allah kerana dpt bertemu dgn bulan yg mulia nie...tq Allah.

siMpLY nana berkata...

salam ramadhan dari kami untuk pak wi sekeluarga...semoga kita sentiasa dirahmati dan sentiasa diberkati...amin

kiwi berkata...

pak wii..kiwi x sbr nak puasa ^^

Related Posts with Thumbnails
Kepunyaan amrirani. Dikuasakan oleh Blogger.