Sabtu, Julai 16, 2011

Suka

aku suka politik
tiada ruang untuk fanatik
lebih minat pemimpin realistik
boleh jalan politik plastik

aku suka kritik
bagi sedar yang putik putik
bikin gegar yang statik statik
moga mekar makin fantastik

aku suka antik
kereta usang suis petik
warna pudar bintik bintik
siapa memandang hati berdetik

aku suka cantik
sopan santun berjari lentik
putih pipi lembut lipstik
bikin hati jadi romantik

aku suka mistik
alam ghaib jembalang katik
dunia Tuhan penuh drastik
sedar sedar Izrail menjentik

~ amri abd rani ~

8 pemurah tinta:

toyolkiut berkata...

saya suka lastik..
makan buah betik..
hehe..

pak wi skluarga apa khabar..

Amri Abd Rani berkata...

Pakwi sekeluarga..Alhamdulillah.. moga ditambah rezeki dan selamat dunia akhirat..amin...

ctpayong berkata...

yg pakwi tak suka pulak...cer cite!

wah...dah rosak dah bahasa sy.

Amri Abd Rani berkata...

aaaa.....k, nti pakwi sajakkan apa yg xsuka...hihi

Laman Alia berkata...

Saya pula suka baca puisi pakwi.. :-)

ghost writer berkata...

dalam politik

aku lalang

dowang dah bagi hak kat aku untuk pilih

kalau satu tuh betul,aku pilih
kalau lepas tuh dowang tak betul,aku tak pilih.

Amri Abd Rani berkata...

yup...sokong.. pilih hak betul jah...

KhaiRin berkata...

masih adakah yg betul???

Related Posts with Thumbnails
Kepunyaan amrirani. Dikuasakan oleh Blogger.