Ahad, Februari 06, 2011

Tertanya (i)

Sedang mereka sibuk merayakan
kemilau tahun baru
aku cuma berasa senang
menjenguk ibu melampias rindu
terbentang suka
terlentang duka

pipi berkedut
nadi berdenyut
ibu tua belum ganyut
ibu tua belum melalut
ibu tua masih lembut
senyum meniti usia
gagah menyambung nyawa

Tuhan
berapa banyak waktu lagi
bisa aku melihat ibu mengaji
berapa banyak waktu lagi
bisa aku melihat ibu berzanji

mata mula memerah
hati makin merekah
jiwa ku rebah....pasrah

~ amri abd rani ~


10 pemurah tinta:

Dol berkata...

wah pak wi melawat ibu di tahun baru. hehe.

ibu,
jasamu,
tidak terbalas aku,
terkenang seketika daku,
tatkala ku jauh selalu,
cinta dan sayangku mekar buatmu,
jangan sesekali kau ragu,
tidak jemu aku mengingatimu,
kerna tubuh dan hatiku,
adalah cebisan yang tumbuh dari susumu,
ibuku..

Amri Abd Rani berkata...

rangkap yg penuh makna dan erti utk seorang ibu...
tq saudara....

Unknown berkata...

pak wi..
cemana ya nak balas jasa mak..
makin banyak yang kita bagi ,tapi kita rasa tu masih tak cukup untuk balas jasa dia..
kalau cuti2 baru dapat tengok dan jenguk dia..
ajak duduk sekali dia bagi macam 2 alasan..
apa yang patut kita bagi untuk kita sendiri rasa itu dah cukup berbaloi?

Amri Abd Rani berkata...

buat yg terdaya/termampu...
mungkin bawa berjalan...
selalu balik kg mngkin dpt ringankan resah mereka...

ctpayong berkata...

salam.

melihat mereka sekarang sama seperti melihat kita akan datang. itu pun kalau usia panjang.

melihat mereka saja sudah dapat ganjaran pahala. sungguh tinggi derajat mereka di sisi Illahi.

halo kak ct...di sini ruang komen bukan berpuisi.

kak ct mudah lupa.

Amri Abd Rani berkata...

eik..Kak Ct...

nak komen bleh, nk puisi bleh..
nak pantun bleh..smua bleh kat sini.
hihi...

toyolkiut berkata...

kerana ibu lahirnya kami..
kasih mengharum sewangi kesturi..
pengorbanan ibu sehebat srikandi..
kudus abadi membahagiakan diri..

Amri Abd Rani berkata...

benar sebenar benarnya....

kiwi berkata...

rindu kt mak kt rumah..lme dh x blik..huhu

Amri Abd Rani berkata...

kalau rindu kne jumpa...

Related Posts with Thumbnails
Kepunyaan amrirani. Dikuasakan oleh Blogger.