Rabu, September 01, 2010

Teuku Zakaria Bin Teuku Nyak Puteh

22 mac 1929
di gema takbir pagi Aidil Fitri darahmu tertitis
tiada apa kau bawa cuma tangis
tika itu Malaya masih lagi gerigis
laungan merdeka terlalu jauh dalam gerimis

Ramlee
dengan ukele kau bermula
merdunya petikan gitar dan gesekan biola
lunak suaramu seantero memuja
Orkes Teruna Sekampung kau dijaja
Sinaran Bintang Sore kau ke persada

P.Ramlee
1947 nama megahmu ditayang
Puteh di depan.....nama ayahanda tersayang
1948 kau mula main wayang
filem "Chinta" pertamamu bikin mabuk kepayang

Tan Sri P.Ramlee
tak payah segalanya ku jaja di sini
dunia tahu tentang hebatmu menyanyi
kelakar lawakmu tak terkering gusi
sedih layarmu satu pawagam tangisi
gah arahanmu pecah panggung jadi tradisi
semua filem mu sarat kisah teladan terisi

Kaulah seniman agung
kaulah pelakon terulung
kaulah penyanyi tersanjung
kaulah bintang terjunjung
pentas bangsawanmu bersinar di anjung

Tan Sri Dr. P.Ramlee
kini kau telah pergi tinggalkan kami
tebujur kaku mengadap Ilahi
tak lama lagi nak sambut Aidil Fitri
hari dan tarikh kau lahir di bumi
moga amanlah kau di sana pejuang seni
patah tak tumbuh hilang tak berganti
Dendang Perantau mu menangis nurani
Suara Takbir mu tersentuh hati
namun.....di detik dan tika ini
aku ingin bersajak dan berpuisi
mengenang seni dan seorang lelaki
ada hadiah ingin ku beri
Al Fatehah dan Yassin teman mu di sisi....


~ amri abd rani ~

7 pemurah tinta:

Tomato Gurl's Life berkata...

Tue nama sebenar P.Ramlee ker pak wi??wah best puisi ni..suke cerita2 P.Ramlee..al-fatihah~

Amri Rani berkata...

a a...itu lah nama sbenar beliau...nama P.Ramlee ialah nama glamour....

Amri Rani berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
aNiS tHe BumbleBee berkata...

best sgt cerita2 P.Ramlee ni.Ktorg smpai beli koleksi DVD P.Ramlee bawa smpai kesini utk tgk ujung2 minggu.Memang xde pengganti kan.. alfatihah..

Amri Rani berkata...

Memang la Anis.....

bawa bekal sampai Sri Lanka DVD P.Ramlee...elok la, bdk2 cukup minat..

Almy berkata...

Unik puisi ni, sapa yg cipta?

Amri Rani berkata...

almy..

Semua puisi kat sini Pakwi yg buat kecuali Tetamu Senja tu.....karya hebat A Samad Said..

Related Posts with Thumbnails
Kepunyaan amrirani. Dikuasakan oleh Blogger.