Rabu, September 08, 2010

L e b a r a n

Salam Lebaran
di suci penghujung Ramadhan
buat sahabat sepanjang jalanan
berasa megah dan syukur jadi insan

Banyak sikit tergamit salah
menyusur liku yang berolah
membahu resah terjunjung lelah
salam kemaafan aku persembah

Makin hampiri Aidil Fitri
makin kita tercari cari jati diri
jumpakah kita LailatulQadar yang berseri
terimakah ibadat di malam siang hari

Namun itu lah kembara
likuan dan ombak secebis hamba
demi keredhaan Maha Esa
moga terdampar ampunanNYA....


~ amri abd rani ~

4 pemurah tinta:

Sh Munirah berkata...

Selamat Aidil Fitri dan Kemaafan dari adinda....

Tomato Gurl's Life berkata...

selamat hari raya pakwi..camane raya tahun ni??huhu

Amri Rani berkata...

Raya tahun meriah la jugak....paling meriah anak2 laa....
Tomato byk dpt duit raya ke...?

Tomato Gurl's Life berkata...

pakwi kemana menghilang??busy raya ker??heheh...alhamdulillah dapat lg duit raya tapi lam rm100 je..hehe

Related Posts with Thumbnails
Kepunyaan amrirani. Dikuasakan oleh Blogger.