Khamis, Mac 02, 2017

Habis

Tahun lepas
patutnya aku habis
bawa kapan secebis

Tahun lepas
patutnya aku habis
bawa pahala sehiris

Tahun lepas
patutnya aku habis
bawa dosa terguris

Tahun lepas
patutnya aku habis
tinggal kalian menangis

Tahun lepas
patutnya aku habis
namun takdir tertulis
ada lagi aku melukis
sisa hidup berbaki segaris.....


amri abd rani




8 pemurah tinta:

SITI AWADAH berkata...

wah.. pandai berpuisi sajak ni... pakwi ke tu? sakit apa?

Tahun lepas
Patutnya aku habis
Tapi Tuhan Maha Kasih
Berikan lagi aku sinar sebaris
Untuk aku terus senyum manis

Amri Abd Rani berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Amri Abd Rani berkata...

Gambar pakwi la tu...
Bypass jantung..alhamdulillah dah beransur sembuh...
Wahh...pandai jugak kamu bersajak ya...bagus...

Cheqna berkata...

Assalamualaikum..

Syukur Alhamdulillah Pak Wi dah kembali sihat dan dapat berkarya lagi.

Amri Abd Rani berkata...

Alhamdulillah makin sihat...
dapat la karya lagi yg syiok sendiri...hihi..

Cheqna berkata...

Mana ada syiok sendiri...bukan semua orang ada kebolehan menulis dengan baik.

:-)

ctpayong berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
ctpayong berkata...

Allaahu Rabb
Banyak kali maksud selalu ngendap kat sini...
Mana Pak Wi?
Mana Pak Wi?
Akhirnya...
Pak Wi datang dengan puisi
Muhasabah diri....

Related Posts with Thumbnails
Kepunyaan amrirani. Dikuasakan oleh Blogger.