Jumaat, April 17, 2015

Aku Tidak Tahu

Bilakah mati menjengah
Mengintai ngintai celah rumah
Berlunjur di tanah pamah
Aku tidak tahu

Jadi berhenti
Sebar fitnah
Sakiti sebelah rumah
hindari buat marah
Buang yang tak ada faedah
Sebelum mati datang ziarah

Aku tidak tahu
Kerana tidak diberitahu
Tarikh kiamat hayat jantungku
Mati itu setia menunggu
Tiada penat tiada jemu
Nanti tiba janji ajal mu
Takkan engkau sempat merayu
Memohon sesaat pinta hidupmu
Dikembalikan macam dahulu
Dikembalikan dalam syahdu....

amri abd rani

2 pemurah tinta:

ctpayong berkata...

Allahu Rabbi
Mengingat mati
adakala gagah
adakala gundah
tarikh itu rahsiaNya
bersedia itu hak kita.

Semoga di dalam rahmat Allah hendaknya.

Dr Singa berkata...

saya tak pandai berpuisi
tapi saya suka baca puisi puisi pak wi

Related Posts with Thumbnails
Kepunyaan amrirani. Dikuasakan oleh Blogger.