Sabtu, November 26, 2011

Syukur Tahun Baru

rupa tidak cantik
tiada tempat orang tertarik
alhamdulillah

harta tidak banyak
semua kadang menyemak
alhamdulillah

sempurna cukup sifat
tiada sikit nampak cacat
alhamdulillah

kita asyik terlupa
khayal khayal muka selamba
gila gila buat dosa
bodoh bodoh lawan bicara
pandai pandai kosong minda
degil degil tak dengar kata
sombong sombong tiada guna
cerdik cerdik banyak mengata

perlu ajar diri
jangan asyik kejar mimpi
alhamdulillah

rezeki banyak ini
moga moga jadi seguni
alhamdulillah

redha takdir Ilahi
Dia buat semua jadi
alhamdulillah

~ amri abd rani ~


3 pemurah tinta:

KhaiRin berkata...

salam maal hijrah 1433H

x g mn2 ke cuti lama ni?

Cheqna berkata...

Salam Maal Hijrah Pak Wi,

semoga termasuk dalam golongan hamba-hamba NYA yang sentiasa bersyukur atas segala nikmat.

Seri Bahasa berkata...

semoga apa yang kita usahakan diredhai serta dimurahkan rezeki. selamat menyambut maal hijrah 1433H.

Related Posts with Thumbnails
Kepunyaan amrirani. Dikuasakan oleh Blogger.