Jumaat, Oktober 14, 2011

Anak

dosa apa mereka
apa dosa mereka
lusuh jiwa kau kerjakan
runtuh rasa kau lakukan

mereka cuma amanah
dari buih-buih yang menyapa
dari jernih-jernih yang mendamba
cuma minta sedikit belai
cuma minta sekelumit hargai

mata ini berkaca
menitis tertitis di betis
menguis nguis
mendesis desis
degup rasa sayu menangis

anak
andai kau bisa datang lagi
akan ku tabur bunga bunga wangi
akan ku hampar merah permaidani
buat merai pulangmu
tanda kasih dan sayangku..

Al Fatehah.

~ amri abd rani ~



11 pemurah tinta:

Seri Bahasa berkata...

zaman sekarang binatang lebih sayangkan anak kalau di bandingkan dengan segelintar mereka-mereka yang digelar manusia

cemomoi berkata...

sadisnya kemanusiaan yang lompang

kawe pon lama doh bertapa, tu yang lupo jale

Zul Fattah berkata...

manusia lupa siape yg memberi.. manusia skrang ni dah jd lebih teruk dari binatang..
seharusnya, anak perlu dijaga.

kiwi berkata...

x tahu la mne pergi belas kasihan manusia zmn skrg ni..=(
ank tu kan anugerah Allah..knpe nk kena buat mcm tu

ctpayong berkata...

Bismillahirrahmanirrahim.

manusia, miskin segala rupanya. miskin harta, miskin jiwa raga. miskin kasih sayang tetapi gah dengan nafsu serta cemburu.

insyaallah semoga kita bukan dari kalangan mereka. insyaallah!

Cheqna berkata...

Pak Wi,

Al-Fatehah buat anak yang dipanggil pulang..semoga ruhnya lebih tenang di alam sana.

amna berkata...

semoga rohnya tenang dalam kalangan muslimin di sisi Allah SWT. insyaAllah.. janji Allah itu pasti ^^

Seri Bahasa berkata...

pemberian allah jangan abaikan,
itu amanah perlu dijaga.
ingat kepada neraka jahanam;
tidak akan terlepas seksa.

izfanora berkata...

manusia itu lupa,
lupa pada Pencipta,
lupa siapa mereka,
lupa anugerah,
lupa segala..

kadang manusia tak tahu bersyukur bila ada 'cahaya'. tercari bila dah 'gelita'.

KhaiRin berkata...

sori br sempat menjengah utk BW

belasah blk bapak tiri yg x berhati perut tu!

amna berkata...

menyedihkan..
semoga segera bertaubat dengan penyesalan. amin~

Related Posts with Thumbnails
Kepunyaan amrirani. Dikuasakan oleh Blogger.