Ahad, Jun 19, 2011

Dengarlah Anak ku

engkau pun datang
bersama tangisan
bersama angan
bersama harapan
sunyi ibu pun hilang

kau bawa bersih putih
kau bawa suci jernih
ada corak kan kau pilih
ada pelangi kan sulam bersilih
nanti kau kan fasih

tadi tersenyum ibu
mendakap sembilan bulan merindu
kaki mu menendang tak berwaktu
tersenak perut mengilu
menahan rimas nakal mu

tadi terpucat ibu
tangisan mu kuat berlagu
jangan menangis anak ku
ramah dunia menyambut mu
takdir Allah redha selalu

derhaka jangan sekali
takkan kau cium harum kasturi
kasih ibu wangi firdausi
sayang ibu seindah pelangi
jangan sekali sakitkan hati

hidup lawannya mati
datang akhirnya pergi
bumi Tuhan silih berganti
tinggal Dia kekal abadi

~ amri abd rani ~


4 pemurah tinta:

Amri Abd Rani berkata...

maaf pd sahabat yg berkunjung, Pakwi sibuk menyambut orang baru.. skrg ni anak tu kena kuning .. dah 20 hari dah... bimbang jugak laa... namun sabar je laa...

Seri Bahasa berkata...

tahniah pakwi...semoga jadi anak yang soleha...
demam kuning biasanya mereka guna susu kambing. kalau tak mandikan dengan cucian air beras.

ctpayong berkata...

atau selang selikan memberi minum air masak dicampur sedikit madu.

tahniah! hadiah terindah untuk pakwi buat hari bapa yg lalu.

Ai Ni.. berkata...

comelnye~~kawai~~~tahniah3 pakwi..semoga baby sehat2 sentiasa..pakwi n family jgk..

Related Posts with Thumbnails
Kepunyaan amrirani. Dikuasakan oleh Blogger.