Isnin, Jun 28, 2010

..............Cuti

Hari ini aku cuti
kerna kelmarin terlangsung majlis gemilang
kadang rasa terhimpit
jarang rasa perit
kalau bugar pun
kerna mesra bertandang ke teratak mu...
terbuai lagu jemu ku...


semua orang mau semua orang suka
berbaring terawang khayal buang masa
kosong jiwa kosong raga
uncang waktu mu
perlu terisi....
fikir fikir jawab sendiri


kelak....
ada masa ada ketika....
dia terjongol mengogoh jendela mu
celaru firasat buntu jangan kau sesat
FIRDAUSI ada sungai mengalir
JAHANNAM ada api tak bertepi
sekarang pun dia setia menunggu..
babak yang tiada kesudahan
sebuah episod...
pecah panggung sepanjang zaman
cuti KEMATIAN..............




~ amri abd rani ~

0 pemurah tinta:

Related Posts with Thumbnails
Kepunyaan amrirani. Dikuasakan oleh Blogger.