Tahun lepas
patutnya aku habis
bawa kapan secebis
Tahun lepas
patutnya aku habis
bawa pahala sehiris
Tahun lepas
patutnya aku habis
bawa dosa terguris
Tahun lepas
patutnya aku habis
tinggal kalian menangis
Tahun lepas
patutnya aku habis
namun takdir tertulis
ada lagi aku melukis
sisa hidup berbaki segaris.....
amri abd rani
Khamis, Mac 02, 2017
Sabtu, Mei 02, 2015
Tiada Naik Gaji
Tiada naik gaji
Cuma di beri 3 hari cuti
Ibubapa
mertua yang tak kembali
Tiada
naik gaji
kalau
gaji ditambah lagi
Harga
barang makin berapi
Tiada
naik gaji
pergi
kedai beli yang nak basi
masa
bayar kena juga GST
Tiada
naik gaji
Kerja
siap mulut menyanyi
Tak siap
kerja orang berbunyi
Tiada
naik gaji
Semalam
tak sama hari ini
Perlu
jimat masak sendiri
Tiada
naik gaji
Henti
berhutang cuba berdikari
Pertengahan
bulan tak sakit diri
Tiada
naik gaji
Cekal
jiwa sabar di hati
ada rahmat
kan Tuhan beri
amri abd
rani
Jumaat, April 17, 2015
Aku Tidak Tahu
Bilakah mati menjengah
Mengintai ngintai celah rumah
Berlunjur di tanah pamah
Aku tidak tahu
Jadi berhenti
Sebar fitnah
Sakiti sebelah rumah
hindari buat marah
Buang yang tak ada faedah
Sebelum mati datang ziarah
Aku tidak tahu
Kerana tidak diberitahu
Tarikh kiamat hayat jantungku
Mati itu setia menunggu
Tiada penat tiada jemu
Nanti tiba janji ajal mu
Takkan engkau sempat merayu
Memohon sesaat pinta hidupmu
Dikembalikan macam dahulu
Dikembalikan dalam syahdu....
amri abd rani
Selasa, Disember 30, 2014
BANJIR
Bukan mentari tak cukup cerah
Awan hitam terlalu gagah
Menyusur berarak mencurah
Membasah di bawah bawah
Tenggelam di sawah sawah
Menghuru hara dalam pasrah
Bukan sungai tak cukup pasak
Air di hulu membuak buak
Menghentam kuala penuh semak
Mencuci cuci dosa yang senak
Mengikis ngikis daki yang tamak
Bermaharaja dalam gelisah
Bukan bala bukan musibah
Cuma menguji iman yang tabah
Cuma menduga hati bermadah
Takdir Allah tak siapa sanggah
Kepala tertunduk memohon sembah
Ku terima ini seribu hikmah
Ku terima ini seribu hidayah.....
amri abd rani
27dis2014
Bukan mentari tak cukup cerah
Awan hitam terlalu gagah
Menyusur berarak mencurah
Membasah di bawah bawah
Tenggelam di sawah sawah
Menghuru hara dalam pasrah
Bukan sungai tak cukup pasak
Air di hulu membuak buak
Menghentam kuala penuh semak
Mencuci cuci dosa yang senak
Mengikis ngikis daki yang tamak
Bermaharaja dalam gelisah
Bukan bala bukan musibah
Cuma menguji iman yang tabah
Cuma menduga hati bermadah
Takdir Allah tak siapa sanggah
Kepala tertunduk memohon sembah
Ku terima ini seribu hikmah
Ku terima ini seribu hidayah.....
amri abd rani
27dis2014
Sabtu, Januari 25, 2014
Salju Yang Turun
Berselimut aku
dinding rumah mengecut
sejuk lantai menusuk
bayu bertamu terasa salju
menderu menyocok
barangkali ada sesuatu
ingin diberitahu
Petanda apakah ini
dingin menghembus jendela
menembus nafas menghela
menimbus peluh menyala
seakan bermaharajalela
ada salju ingin menerpa ?
kalian lupa...
bumi kita sudah tua
sudah membongkok tiga
cuma berbaring
menunggu kiamat tiba.......
~ amri abd rani ~
Sabtu, April 20, 2013
Siapa wira
hari ini tingkah terbuka
tirai damai berlabuh
selubungi setiakawan
mendung seluruh siang
gempita akulah wira
akar umbi menari inang
ingin undi cari menang
siapa wira
mana pendekar
terhala mana keris mu
menikam lawan ?
menghumban teman ?
cuma idam menang sendiri
jauh panggang demi pertiwi
mana aku pada janji mu
janji mu tiada aku
ada aku bila kau mahu
tiba masa kau pergi berlalu
tertinggal dayung perahu
tiang layar patah seribu..
~ amri abd rani ~
tirai damai berlabuh
selubungi setiakawan
mendung seluruh siang
gempita akulah wira
akar umbi menari inang
ingin undi cari menang
siapa wira
mana pendekar
terhala mana keris mu
menikam lawan ?
menghumban teman ?
cuma idam menang sendiri
jauh panggang demi pertiwi
mana aku pada janji mu
janji mu tiada aku
ada aku bila kau mahu
tiba masa kau pergi berlalu
tertinggal dayung perahu
tiang layar patah seribu..
~ amri abd rani ~
Rabu, April 17, 2013
kita "raja"
kini kita "raja"
beraja di minda
beraja di jiwa
tapi berwajah jelata
kini kita "raja"
tiada layak disembah
tiada petah bertitah
tapi gagah menyanggah
kini kita "raja"
jangan tersalah seloka
jangan terkhilaf teroka
tapi biar bijak menanda
kita "raja" seminggu dua
jangan rebah jangan perdaya
pujuk rayu bermadah pinta
sogokan kata gosokan mesra
kelak "raja" berair mata
anak cucu hilang segala...
~ amri abd rani ~
beraja di minda
beraja di jiwa
tapi berwajah jelata
kini kita "raja"
tiada layak disembah
tiada petah bertitah
tapi gagah menyanggah
kini kita "raja"
jangan tersalah seloka
jangan terkhilaf teroka
tapi biar bijak menanda
kita "raja" seminggu dua
jangan rebah jangan perdaya
pujuk rayu bermadah pinta
sogokan kata gosokan mesra
kelak "raja" berair mata
anak cucu hilang segala...
~ amri abd rani ~
Langgan:
Catatan (Atom)
Kepunyaan amrirani. Dikuasakan oleh Blogger.






