kesakitan macam kematian
mendesak desak
nafas di kerongkong
terasa nyawa digonggong
Pernahkah kalian
kesakitan bawa kepergian
membenak benak
tersayang diusung
terasa jiwa melolong
Pernahkah kalian
kesakitan pada tersayang
mengasak ngasak
jasad terhoyong
terasa nafas dihitung
sedar dan tahu
mahu tak mahu
nantikan tiba waktu
ajal mendakapmu...
~ amri abd rani ~

foto sekadar hiasan