Jumaat, Julai 30, 2010

Broadband Ku

Aku sedih blogwalking
kerana broadband ku kelingking
merayap perlahan macam cacing
kadang kena "refresh" berpusing pusing
mungkin dan cukup 5GB dia cah keting
mohon ampun pada sahabat yang berdesing

Tidak mengapa traffic kurang aku rela
bukan itu tujuan di sini aku berada
kadang ke teratak mu mahu jaja ada cerita
sambil membelek kisah menarik yang kau sedia
bertanya khabar moga engkau makin ceria

Diam di sini pun cuma terkadang
lebih lagi bila isteri marah meradang
tak lah...isteri ku baik tak pernah menendang
di sini aku cuma berdendang
menghibur hati di sunyi petang
menghibur diri di bendang kontang
meluah rasa di malam siang

Selama di sini sebulan dua
aku berasa ada yang murka
dia terasa rumahnya aku tak terpa
dia terasa mungkin aku mula melupa
Demi Tuhan Yang Kaya Punya Segala
takkan ku berbuat sebegitu kerja
aku ceria aku bangga kau jadi tetangga
akan ku jejak kaki mu hingga ke tangga
namun maaf lah adinda kekanda
broadband ku angkara segala cerita.....


~ amri abd rani ~

4 pemurah tinta:

fiz mr.beloved berkata...

hahaha..lawak2 & sangat mnarik..

Unknown berkata...

wah sedihnya...xpe2
tunggu bulan seterusnya..haha....

Amri Abd Rani berkata...

hihihi...
broadband mmg slow...
kdg2 2,3 minit br bleh bukak web kamu smua..
pastu shoutmix error....refresh lg....
mungkin coverage kat sini xelok sgt....
kne masuk streamix jugak laaa....

nairaariaa berkata...

haha...bes3...pandainye/..bes n klakar...

Related Posts with Thumbnails
Kepunyaan amrirani. Dikuasakan oleh Blogger.