Khamis, Julai 22, 2010

Aku ampunkan

Duhai anak Adam
hulur mesra harap dan pintalah
Aku tidak peduli selautan dosamu
Aku ampunkan

Duhai anak Adam
setinggi langit pun salah mu
namun jika engkau hemah merendah bahu
bersimpuh ampuh
Aku ampunkan

Duhai anak Adam
sepadat bumi kau junjung terkhilaf
seisi dunia kau kandung bersalah
namun nanti.......
kau datang bersembah tamu pada Ku
dan andaikata........
tiada dosa dan noda mu sekutukan Aku
Aku pasti datang pada mu
sepenuh bumi pula
Aku ampunkan


~ amri abd rani ~

Olahan dari Hadis riwayat Tarmizi

1 pemurah tinta:

afayufu berkata...

nescafe 1! hot one!

Related Posts with Thumbnails
Kepunyaan amrirani. Dikuasakan oleh Blogger.