Semua mengejar mahu menyepak
berlari tangkas mahu menendang
silap gaya termakan sepak
tumbukan di mulut datang bertandang
persegi sempit empat penjuru
setiap bucu termengah meluru
tak dapat bola kepala digaru
di gelecek musuh jadi keliru
penjaga gol menjaga gawang
jangan terlepas bola ke dalam
kadang haloba melihat wang
dia pulak masuk ke "dalam"
bersungguh benar memungkas lawan
mimpinya satu menjulang menang
apa cara pun dia juangkan
hingga lawan terkenang kenang
lawan menyerang di bawah menunggu
kerah memulas segala ilmu
membiar lawan duduk termanggu
begitu lincah rentak gayamu
sepak mula menanduk di hujung
laju mengejar macam peluru
megah di puja menang di sanjung
si kalah menangis tidak berlagu
Paul si sotong jadi tok nujum
ramal pasukan yang mana menang
selesai sudah kisah di stadium
empat tahun lagi jika umur panjang
~ amri abd rani ~
0 pemurah tinta:
Catat Ulasan