Khamis, Julai 15, 2010

K I T A

Kita sering terlupa masa dan ketika
kita ralip bercanda bersabda ketawa
kita kadang megah riak secubit harta
kita leka berangan menggunung cita

kita asyik sibuk mengejar deras dunia
kita selalu alpa arus bertingkah maya
kita biasa berkata panjang lagi nyawa
kita sedar hari makin menongkah usia


kita suka bercerita tentang kisah peribadi
kita gugup berdegup ada yang sakit mati
kita pandai melolos derma seikhlas hati
kita bisa lemas bertemasya hingga tiga pagi

Sedarkah kita
Hayat menerjah masa kental berlari
belakang tak tertoleh depan beronak duri
moga banyak terbekal mengusung pergi
perjalanan nan panjang di jemput MATI




~ amri abd rani ~

2 pemurah tinta:

shameel Iskandar berkata...

Terima kasih sahabat atas puisi yg menginsafkan.

mati itu pasti.
tapi ramai yg buat tuli
ramai juga yg tak ambil peduli
ramai juga yg menganggapnya sebagai cerita yg basi.

Amri Abd Rani berkata...

Semua merasa mati..
tak terkecuali...
walaupun Nabi....

Related Posts with Thumbnails
Kepunyaan amrirani. Dikuasakan oleh Blogger.