Khamis, April 07, 2011

Tertanya (ii)

Mereka datang pada ku
bertanya tentang hati
kata ku
jangan mati hati

mereka datang pada ku
bertanya tentang dunia
kata ku
dunia sementara cuma

mereka datang pada ku
bertanya tentang akhirat
kata ku
akhirat tempat menyukat

mereka datang pada ku
bertanya tentang Ya Rabbi
kata ku
Ya Rabbi Maha Suci

mereka datang pada ku
bertanya tentang mati
kata ku
mati hanya sekali

mereka datang lagi
bertanya bila nak pergi
kata ku
menunggu panggilan Ilahi
mungkin hari ini
mungkin malam nanti
mungkin sebentar lagi...

~ amri abd rani ~





14 pemurah tinta:

ctpayong berkata...

andai mereka guna pakai walau sepatah apa yang kita telah sampaikan....

alhamdulillah..hidayah hanya dari Allah.

peNulis SeNjA berkata...

aku hannya sebaris puisi
temanku kata
kawanku aksara
menari dan menyanyi
meski
dengan air mata

salam pak wi .. kalau sudi sye masokkan pak wi dalam bloglist sye .. hmm mm

dear anies berkata...

nk kopipes bleh? tq

kiwi berkata...

erkkk..huhu..mereka bertnya kenapa kiwi bz..
sbb dh nk exam..huhu
x leh blogging dh

terokai seni berkata...

addus, bakpo kerah sapa jadik korok gitu mo?

miss nina berkata...

pakwi, makanya tanya yang perlu, jawab yang perlu.

boleh begitu?

CIK TOM berkata...

mendalamnya puisi pakwi ni..mmg betul akhirat tmpt dihisab segala azab dan mati hnye sekali dan ianya pasti...

psst seram la gmbr last tue...huk3 ;o

AUR berkata...

Salam Pakwi....

Puisi itu sgt berguna...kena jaga2...siapkan bekalan..terimakasih atas ingatan!

Seri Bahasa berkata...

berusahalah untuk kebaikkan sebelum kematian, kerana kematian itu sentiasa dekat dengan kita. tapi kita tidak akan tahu bila kematian akan menghampiri kita.

Amri Abd Rani berkata...

sediakan payung sebelum hujan...
namun kematian adalah TSUNAMI yg maha dasyat....

toyolkiut berkata...

apabila ajal tiba..
sesaat tidak terlewat..

slmt mlm pakwi..
lama x jengah sini..

Cheqna berkata...

Assalamualaikum PakWi..

satu peringatan buat semua..dtg nya hanya sekali, dan bila2 saja boleh dipanggil Ilahi..semoga sempat untuk membersihkan diri.

:-)

terokai seni berkata...

ruang berpuisi tu problem, taruh sini je la pok wie

mugo sihak sokmo

CIK TOM berkata...

jenguk pakwi!!

Related Posts with Thumbnails
Kepunyaan amrirani. Dikuasakan oleh Blogger.