Ahad, Mac 27, 2011

Malang

Bangsaku sibuk mengisi perut
bangsaku lemah pergi mengurut
bangsaku suka membaiki kedut
bangsaku selalu fitnah di mulut
bangsaku luka tertinggal parut
bangsaku minat cerita mengarut
bangsaku pernah jadi pak turut
bangsaku sering berfikir kalut
bangsaku kadang otak di lutut
bangsaku biasa ugut mengugut
bangsaku asyik video mencarut

orang lain dah pergi ke bulan
orang lain tak panjang angan
orang lain berpegang tangan
orang lain banyak pandangan
orang lain kemas pegangan
orang lain cari kemenangan
orang lain harta di kayangan
orang lain rajin kiri dan kanan
orang lain hotel di awan
orang lain kejar kemajuan

bukan tak bangga dengan bangsaku
bukan tak suka dengan lumrah ku
kadang kesah lalu bertamu
bangsaku asyik cerita menipu
bangsaku asyik tingkah mengampu
bangsaku asyik onak berliku
bangsaku asyik sandiwara dulu
aku dah bosan aku dah jemu

~ amri abd rani ~

6 pemurah tinta:

toyolkiut berkata...

kdang2 terkena btg hidung sendiri..
peringatan yg baik..
trima kasih pak wi..

ctpayong berkata...

bukan malu jadi melayu
tapi jenuh dengar business merapu
penat tidak mahu
untung sikit sudah tayang kereta baru...

kiwi berkata...

mse jage tpk konvo cter kt org melayu dgr x dgr je..klau kat foreigner lg bgus..dgr pnuh semngt..huhu

Amri Abd Rani berkata...

banyak yg terkena ngan btg hidung sndiri sbb kita ni bangsa melayu....

i amsterdam berkata...

Suka dan sedih baca puisi ni :(

Tapi... itulah hakikatnya...

CIK TOM berkata...

huk3...rs terkenanya kat diri sendiriii...

Related Posts with Thumbnails
Kepunyaan amrirani. Dikuasakan oleh Blogger.