lentuk meliuk beralas
petah kata berkias
mahligai berkilau hias
kami termanggu was was
minyak mahal naik bas
bawa laju bas terbabas
semua urusan bantut terkandas
kubanglah ke sawah
turunlah ke bawah
mari rasa nasi kawah
cari marhain kosong mewah
intai jelata di celah celah
sekali sekala sebar dakwah
jangan asyik cipta dakyah
undi ku rahsia
suka ku pilih siapa
tepuk dada tanya selera
jangan biar aku kecewa
~ amri abd rani ~
12 pemurah tinta:
kiwi suke ayt minyak mahal naik bas
bawa laju bas terbabas..hhihi
hihi..
skrg ni musim bas terbabas...
betol tu...undi itu rahsia. kalau ada yg pandai2 curi tengok..dia dikira tidak amanah.
Sesiapa saja yang terpilih untuk memimpin, tak kira di peringkat mana adalah satu anugerah baginya dan juga satu ujian kehidupan, semoga dapat menanggung amanah dengan baik supaya nanti tidak dituntut di akhirat.
Maaf sekiranya tersilap.
:-)
Cheqna,
xsilap, betul la tu..
jd pemimpin dlm keluarga pun dah pening rasanya, mcmana la nk jd pemimpin pd masyarakat...
perlu amanah dan btanggungjwb..
adil n byk lg laaa...
jangan tersalah dengar..jangan tersalah pilih..nanti sendiri yang merana...
betul tu..
kne nilai betul2...
byk kaca dr intan..!!
kerana kuasa manusia lupa
kerana harta manusia sengketa
hidup biar sederhana juga
betul pakwi...undi tue rahsia..tp kdg2 undian jgk xtelus..huhu...
sinis pakwi...
pedas bila kena tempias
sesekali bia rasa kena bilas
agar deme tak culas
rakyat tak mengharap belas
sebab tiap tahun tax dah dijelas
wah pakwi..
musim nak pangkah2 dh nk sampai ni..
hehe..
Sarawak mula mngundi bulan depan
Catat Ulasan