Selasa, Mac 01, 2011

Hati Tisu

Entah apa yang dia kutip
entah apa yang dia titip
jinjing ke lorong
gelek terkedek
senget membelek
ketar mulut ternganga
mungkin kelaparan
ada lagu berdendang
dalam perut
..........aku terkedu

langkah terhenjut
tongkat menggagah
kadang hoyong kadang hayang
terkumat kamit
kemeja rabak koyak
seluar carik jahit
tangan mengemis
tubuhnya hamis
ada kocek di pinggang
kosong isi
..........aku tersedu

legar mengais meja
sondol sepatu mahal
cuma mahu secebis
cuma mahu yang tak habis
sepatu mahal menguis
sepatu mahal merenjis
kucing itu kebuluran
tiada poket di pinggang
hanya perut bergendang
..........aku menangis

~ amri abd rani ~

9 pemurah tinta:

kiwi berkata...

kesian...huhu..sdeyh tgk dak2 kecik mntk duit..

Tanpa Nama berkata...

pakwi..3 ciptaan yg berbeza?3 situasi yang sama?3 cara yang berbeza?3 perasaan yg berbeza dari hati yg sama?

hmm..kita sgt bertuah kan..alhamdulillah

toyolkiut berkata...

kita selalu berlebih wang..
jg slalu terlebih makan..
nak hulur terasa sayang..
nak bagi tiada ehsan..

memang orang senang selalu lupa bersyukur kan??

Seri Bahasa berkata...

kita yang ada kelebihan seharusnya lebih perihatin kepada mereka2 yang daif.

jangan lupa pada mereka,
kerana nasib tak serupa.

Amri Abd Rani berkata...

Tangan yg memberi lebih mulia dr yg menerima...

ctpayong berkata...

aku tidak pedulu apa orang kata
andai sekalipun aku pada mereka 'gila'
tapi tetap tidak lupa
bawa seberkas makana untuk mereka
kemana-mana
kemana aje.

berikan lah hak mereka.

Zeanne berkata...

beri tangan kanan , sorok tangan kiri :)

CIK TOM berkata...

hurm...kesian kat org lain yg xcukup makan...org yg senang terlebih makan n siap membazir lg...

Dol berkata...

hati selembut tisu~ ^^

Related Posts with Thumbnails
Kepunyaan amrirani. Dikuasakan oleh Blogger.