memandang dengan rahmat
menonton tanpa penat
segala kerja buat
segala amal ibadat
segala khusyuk solat
segala sedekah sunat
segala lorong maksiat
segala bidaah sesat
segala jalan keramat
segala gua khurafat
segala jalan makrifat
segala luhur amanat
segala madah khianat
segala taufik hidayat
segala kembara laknat
segala tipu muslihat
segala ajaran jahat
segala dusta kerabat
segala dendam kesumat
segala menganga aurat
segala ikhlas keringat
segalanya DIA melihat
Lari kemana kamu
selindung di mana kamu
menyorok bagaimana kamu
DIA takkan jemu
menanti dan menunggu
saat dan masa pulang mu
bersama ajal yang dah tentu
bersama ajal yang DIA tahu
~ amri abd rani ~
PS : pada sahabat yg singgah, Pakwi mohon byk maaf kerana xsempat nk membls kunjungan, Pakwi tengah sibuk sgt skrg...urusan dunia...
8 pemurah tinta:
kematian adalah sesuatu yg mmg ditakuti.
its ok pakwi, ada masa dtg la nnt :)
ALLAH maha melihat segala perlakuan kita, insafnya (T_T)..
lme x dtg sini...^^
Tq singgah n drop komen...
sedang sibuk merekacipta "Jukebox"...
dah sebulan dah..xsiap2...adoyai...
Assalamualaikum PakWi...semoga diberikan kelapangan untuk melakukan amal ibadah ..dan sejahtera selalu.
:-)
puisi ketuhanan yang menyelimuti segenap jiwa.
mngkin menyelimuti segenap jiwa...
tp Pakwi suka sajak yg sebegini..
bahasanya ringan...
i like this .
=)
Catat Ulasan